Follow by Email

Wednesday, November 4, 2015

Rindu~

Mencuri waktu sebentar..
berfikir sejenak..
banyak nya kelemahan diri..
kadang futurnya lebih banyak dari bangunnya..
hari2 meminta pada Allah, andai Dia masih lihat kebaikan dalam diri ini, janganlah pernah dibiarkan jauh. tidak sekali, hatta walau sesaat.
kerna firman Allah, "Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang yang berbuat baik." (7:56)
mahu sentiasa dekat..
kerna keterdekatan denganNya sahaja membuahkan ketenangan..
Dia berkata lagi dalam firmanNya "..ingatlah dengan mengingatiku, hati akan tenang." (al Ra'd:28)
selalu ku pujuk hati dengan yang itu..

***************************************

rindunya pada insan tersayang. moga Allah menjaga mereka dengan sebaik-baik penjagaanNya. rindunya pada senyum si ibu saat dia menyambut ku di ruang makan. setiap pagi, setiap waktu tidak pernah lekang dengan senyuman. senyuman itu lah yang membuahkan ketenangan, kemesraan, yang membuat sayu saat berjauhan. rindu saat ku ganggu tidurnya, apabila menyatakan rasa maaf padanya sebelum tidurku, sekali lagi ibu tersenyum saat dikejutkan. bahagia nya dengan suasana itu. rindu dengan gelak tawanya, nasihatnya, ketabahannya dalam membesarkan anak-anaknya. mungkin kerna itu, kerna kasih ibu yg begitu berbekas di hati anak2 nya membuatkan aku jarang keluar bersama rakan2 ku terlalu lama. kerna rindu ku pada ibu terlalu cepat menyapa. aku ingin segera balik ke rumah. kerna menatap wajahnya tenang, membahagiakan, bahkan membuahkan pahala. rindunya ibu, ratu hati..



p/s: homesick

3 comments:

言いたい こと