Follow by Email

Monday, March 12, 2012

ISABELLA

ASSALAMUALAIKUM...

just nk bgtaw yg ana dh terjatuh cinta kt satu buku nie..mmg cadangkan sgt2 antum utk bce buku nie..seriously!!! korg kene beli..walaupun agak berat sket isi dalam novel nih, tp after bce full story dlm novel nie, insyaAllah, pengetahuan antum tntg betapa Islam itu adalah agama yg BENAR...dan tiada agama lain selainnya yg boleh membwa kita ke JANNAH,.insyaAllah, Amin..

basically, cter nie pasal seorg anak ketua paderi di Sepanyol, bernama ISABELLA..seorg yg digambarkan wajahnya seperti BIDADARI..and tersangatlah dihormati dalam kalangan kaum wanita di Sepanyol, kerana kearifannya dalam ilmu teologi. kerana ilmu nya yg mendalam dlm bidang agamanya, dia sndiri byk mempersoalkan, mengapa banyak persoalannya tntg agamanya, tidak mmpu terjwb oleh dirinyr sendiri..malah dia sndiri, susah utk mengerti makna agama yg dianutinya...until one day ni, Isabella dan kwn2 nye (geng2 dye pon sume msok Islam after Isabella), terdengar perbualan ilmuwan Islam Sepanyol, Umar Lahmi tentang kebenaran Islam dan betapa agama Kristian itu tidak benar...dan melalui perbualan yg didengari oleh Isabella dan rakan-rakannya, telah mengundang berjuta tanda tanya dlm diri Isabella tntg kebenaran agama yg dianutinya selama ini.di sini titik tolak cerita ini bermula...subhanallah~ kalo benar2 dihayati mmg mmpu menitiskan air mata pembaca..betapa ISLAM ITU AGAMA YANG BENAR....novel nie byk compare kandungan AL-QURAN dan BIBLE itu sendiri..seriously, mmg padat sgt dgn pengisian ilmu yg bermanfaat dri awl sehinggalah ke pengakhiran cerita..

ok, selamat membaca...bagi yg berminat, bole la cari ea...:)..

sape2 nk pinjam dr ana sendiri pon bole...:)..amat dialu2kan..


yg kt bwah ni slh satu sinopsis psl cter nih..dpt dripada seseorg jgk yg penah bce novel nie..


Seindah namanya, Isabella bukanlah peribadi yang asing dalam sejarah perkembangan Islam di Sepanyol, terutamanya dalam bidang perbandingan agama Islam dan Kristian di bandar Cordova – bandar sejarah Sepanyol dan merupakan bandar tercantik di Sepanyol. Membaca setiap rentetan kisah Isabella yang penuh dramatik berbaur tragik ini bagaikan membawa kita menelusuri segenap sudut dan tempat peninggalan sejarah kegemilangan Islam di Cordova. Ia mengingatkan kita pada istana al-Hamra, Qasrul Syuhada (makam para syuhada), masjid Cordova dan juga taman tercantik di Sepanyol iaitu Rabat Yamani.
Ya, hidayah Allah merubah segalanya. Begitulah yang terjadi kepada Isabella. Tidak ada sesiapa pun menyangka, Isabella yang pada mulanya adalah seorang penganut Kristian yang tegar dan patuh pada agamanya boleh memeluk agama Islam yang begitu dibenci oleh penganut Kristian pada waktu itu. Kebencian yang memuncak pada waktu itu sehingga hampir-hampir meragut nyawa Isabella sendiri, sewaktu hidayah Allah menyapa lubuk hatinya yang paling dalam. Isabella pada usia mudanya sentiasa mempelajari dan mengkaji tentang agamanya, Kristian. Beliau sentiasa cuba untuk mencari kebenaran dalam agama Kristian dan berusaha menghayati prinsip-prinsip agama Kristian.
Namun, semakin dikaji agama berasaskan fahaman triniti itu, sinar Islam dan hidayah Allah makin memenuhi lubuk jiwanya. Di ketika kebenaran Islam sudah kukuh dalam dirinya, waktu itu tidak ada apapun yang mampu menggugahnya, walaupun beliau menghadapi saat-saat getir dan penuh tragik. Kekentalan imannya tidak mampu dirubah. Isabella sudah nekad dengan keislamannya. Pengharapan penuh hanya pada Allah makin mengental liat di sanubarinya. Penyeksaan demi penyeksaan yang dihadapi Isabella mengingatkan kita pada siri-siri kekentalan iman para mujahidah Islam seperti Sumayyah dan Asiah.
Perjuangan mereka cukup-cukup membuatkan hati ini berasa kerdil sekali.
Peralihan kiblat akidahnya itu sekali gus menjadikan beliau komited dan tegas memperjuangkan ajaran Islam hingga ke akhir hayatnya. Itulah hidayah Allah – hidayah yang tidak mengenal siapa pemilik hati. Sangat beruntung siapa yang terpilih mendapat hidayah Allah. Ia bagaikan mendapat suatu anugerah yang maha hebat. Tidak ada yang setanding dan sehebat hidayah kurniaan Allah. Selepas menganuti dan menghayati agama baru, Islam yang sehebat namanya – Isabella bukan sahaja terkenal sebagai seorang muslimah yang menjadi ikutan dan pedoman ramai pemudi Islam. Beliau juga terkenal sebagai seorang tokoh perbandingan agama yang ulung, bahkan seorang ahli hadis di Cordova. Melalui kisah penuh bermakna ini, sudah pasti nama beliau akan tercatat sebagai seorang serikandi Islam agung sepanjang zaman, yang akan sentiasa dekat di hati dan menjadi ingatan ramai orang.
Isabella sudah pun menemui keabadian ‘cinta’ melalui kembara keimanannya. Beliau sudah menemui cinta yang tidak ada bandingan dan gantinya. Justeru, bagaimana pula dengan kita? Ayuh, mulai dari sekarang – telaah dan hayatilah sepenuh jiwa karya sehebat dan seagung Isabella ini. Moga kita semua akan mendapat cetusan semangat dan menemui nafas baru.
Selamat membaca dan semoga istiqamah menelusuri lorong-lorong keimanan.


buku ISABELLA kt hujung skali:)



No comments:

Post a Comment

言いたい こと