Follow by Email

Thursday, March 29, 2012

PERTAMA KALI DALAM SEJARAH

assalamualaikum..hari ini first time dlm hdop beli LIP BALM utk diri sendiri...mase pergi beli brg kt Giant td, singgah kt Watsons and mata berpinar2 tgok jenama lip balm mane yg ok..ade yg berpatutan n ade gak yg mahal depends on jenama la kot kan...pape pon, setelah membelek satu persatu, jd fiqah bertekad nk amek Nivea punye brand (bajet cam pndai memilih sgt kan)..pape pon, yg tue kot yg tertarik..sbb bkan tertarik dgn jenama atau perisa Strawberry lip balm tue, tp dekat harga..hahaha..al maklum la..ni first time beli bnda ALAH bijak camtue. mmg xtgok BRAND mahupun PERISA ape, tp tgok HARGA..hahaha.. mse msok je kete, tros report kt ibu, "knape LIP BALM mahal sgt ea, lip balm je pun.." n my mother said " how much?".. n i answered my mom, " RM 7.12, asal bnde pompuan cmnie pon mahal??!!".. n my mom said " *lauhing, it's normal la..even kalau beli Lip Balm jenama laen pon lebey kurang cmtu jgk.."..n i wondered, msti my mom somehow terfkir, anak i nie btol ke wanita ayu nie..haha..kalau x kerana senpai2 kt sne ckp yg Akita sgt sejuk and bagi yg mula2 nk menyesuaikan diri dgn suhu dan cuaca sejuk di sne, bibir akan merekah dan urat akan mula tegang2 n kulit akan jd kering...tp xbeli pun LOSYEN pape ke in case kulit kering kt sne nnti..sbb kt Malaysia, xpernah nk buat keje mcm tue..sah2, macho kan..pape pon, inilah pertama kali dlm sejarah, kisah sy bersama LIP BALM...ni bkan al kisah utk bersolek2..tp tujuan kesihatan..insyaAllah..

*beauty comes from a pure heart...:)

hahaha..inilah LIP BALM NIVEA, RM 7.12 d watsons tdi..=.=

p/s: teringat mse pgi Graduation Dinner KTJ last time.punye la rushing lepas balik2 meeting I-PROKHAS je, tros siap2 nk pegi dinner.. x letak pape pon kt muke, cuma hanya bawak free2 je muka nie ke bilik dinner..pape pon, stil hapy..xyah nk cantek sgt...

TRIVIA GRADUATION DINNER KTJ 03: TUMIT KASUT FIQAH PATAH!!!!:p

THE UNTOLD STORY
BLE YG MACHO DISRUH MENJADI AYU, inilah akibatnye..=.=






KE ARAH MAHABBAH RASULULLAH SAW #2

Assalamualaikum..nk share satu lagi lagu yg boleh buat hati diruntun rse rindu teramat pd Rasullullah SAW.ntah mengapa, semenjak jmpe lgu ni td, mse tgh belek2 news feed kt FB, tros lagu ni bermain2 dlm jiwa ana..syukur ya ALLAH...berkali2 dgr lagu nie, akan rse cam dekat je dgn Rasulullah SAW...hati terlupa akan lagu2 lagha yg pernah membuai benak jiwa ini..ya Allah, teruskan lah Engkau mainkan nada ini di dalam hatiku, agar cintaku kepada Rasulullah akan sentiasa bercambah dr hari ke hari dan kian bersemi dgn iradat dan kehendakMu ya Allah..AMIN..

DENGARKAN...:)

unic-Binnabil Huda




Wednesday, March 28, 2012

KE ARAH MAHABBAH RASULULLAH SAW

jom dengarkan selawat nie...seriously, sgt sedap..n mampu memberi ketenangan..especially dudok depan laptop dgn agak lame nih..kdg2 mata pon bole berpinar2 dh tgok screen...jom layan~ smbil2 berselawat ke ats junjungan besar Rasulullah SAW...moga kita beroleh shafaat Baginda di akhirat sana.Amin~



Tuesday, March 27, 2012

BERJUANGLAH!!!!

“ORANG BERJUANG SERING MENANGIS LEMAH DI SISI ALLAH, NAMUN ALLAH KUATKAN DIA DI SISI MANUSIA, BERJUANGLAH KERANA ALLAH DAN BERBAHAGIALAH HATI WALAUPUN PAYAH KERANA ITULAH JALAN KE JANNAH”


P/S: YA ALLAH, KUATKAN LAH HATI INI JUA PARA SAHABAT KU, ORANG-ORANG YG MENGIKUTIKU, UNTUK TERUS TABAH MELANGKAH KEHADAPAN, BERJUANG DEMI ISLAM, DEMI MU YA ALLAH..AMIN...

~ process packing da mula dh..walaupun terasa payah...T.T..beberapa hari lagi utk berlepas ke bumi sakura..atmosphere excited blom trase lagi...ayuh!!! bangkit berjuanglah!!!
~ buat shbt2 ALM yg xlame lgi nk amek exam A-LEVEL, truskan berusaha..saigo no saigo made, akiramenaide, gambatte ne!!!!:)


sbelom melabuhkan tirai, jom saksikan bingkisan nie:)




Wednesday, March 21, 2012

suke3!!

assalamualaikum...heee..pagi2 buta nie, sje nk post lagu2 yg suke didgr sblom tdo..haaa...org ckp kalo nk berhibur, biar yg mengingatkan kita pd Allah kan..jom,,mne taw bole jd kegemaran nnti kan...:)

memandangkan fiqah nie mmg susah sgt nk tdo.jd mmg kene ade sumting jd halwa telinga dlu.pastu..Zzzz..nyenyak la dye dgn sndirinye.:pp

open your eyes by maher zain

kalo dihayati setiap verse dlm lagu ni, mmg mmpu buat air mata ni gugur..nak2 lagi, kalo tgok vid nie sekali.mmg akan buat kita rse, Allahuakbar.Subhanallah...

JOM3..!!!.dengarkan..

kalo lagu OPEN YOUR EYES utk tdo mlm2, yg nie utk kasi booster sket waktu pagi...dengarkan..alarm clock pon gune lagu nihhh..hehehe..mmg feveret sgt version Sami Yusuf nih..:)

ASMAUL HUSNA by Sami Yusuf




p/s: surah Al-Radh:28

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram" (AL RADH:28)



peringatan buat diri ana, antum, sentiasa, selalu dan selamanya..wallahualam:)

Sunday, March 18, 2012

awesome moments captured!:)

assalamualaikum..alhamdulillah..bru sempat nk post moment2 berharga mse birthday ibu kt Santubong Resort last time..2 hari 1 malam di Ocean Suite sudah memadai utk merakam bermacam2 moment2 gembira bersma family besar..
terima kasih ya ALLAH..






aziz dah tembamm!! muahaha

nie mase kteorg nk buat survey sblom btday ibu:)

bgga pkai bju ALIS CREW..yeah..again with kak diba:)

ibu tutup mata, anak2 sibuk amek gmbr:PP..amek mse mkn seafood sblh beach je..heee..

rindu tahap pd merekaaaaaa!!!:)

again!!! ALIS CREW:)

AND AGAIN:)

SENAMAN PAGI AT THE BEACH..AROUND 7AM..THE FIRST TO ARRIVE AT THE BEACH THAT MORNING:p

MY VOLLEYBALL TEAM!!:pp.YEAH..we are the champion!

captured jgk..walopun sunburn xhbes lgi:)


little cousins n little sisters:)

if you love something, let it go

Bismillahirrahmanirrahiim.
Kita ni, dalam hidup, mesti semua orang pernah berhadapan dengan keadaan di mana dia rasa susaaaah sangat untuk ‘let go of something’. Tak kira lah, untuk melepaskan orang ke, barang ke, peluang ke..semuanya terasa susah sangat nak dilepaskan pergi kerana bimbang dan takut tak akan dapat semula.
Kalau kes melepaskan orang tu, mungkin contoh paling sesuai soal bercouple. Bila dapat tahu yang ianya haram, yang membuatkan terasa berat hati sangat nak putus itu tak lain dan tak bukan kerana takut tak dapat bersama semula. Contoh-contoh lain pula, kalau perlu berpisah jauh dengan orang tersayang. Yang terasa berat hati tu bukan nya kerana apa sangat pun, kalau isu tak dapat dengar khabar berita, eh ada saja telefon, facebook, ym, skype semua. Cuma, dia jadi berat hati sebab tak tahu bila akan dapat berjumpa balik dan berat hati kerana tidak dapat lihat and jaga di depan mata. Risau.

Kalau kes melepaskan barang pula, he he ini mungkin selalu berlaku pada kaum wanita yang rajin bershopping. Contohnya, pergi ke pasaraya dan ternampak satu barang yang dijual dengan harga sangat murah..tapi atas sebab-sebab tertentu, tak dapat beli. Tanyalah mana-mana kaum wanita, mesti dia merasa susah hati untuk sekadar pandang dan biar saja. Kerana, tak tahu bila lagi dapat temui barang tersebut dengan tawaran harga rendah macam tu. Oh dilema, dilema.

Atau pun, hilang satu barang berharga. Aduh sedih betul..sebab, entah macam mana dan bila nak dapatkan lagi yang seperti itu. Tak dinafikan, perasaan-perasaan ini turut melanda kaum lelaki sebenarnya. Mereka pun bershopping juga. Dan kalau kes melepaskan peluang pula, juga sama, takut tak akan dapat semula. Biasalah, peluang keemasan memang tak selalu datang, kan. Tapi atas sebab tertentu terpaksa dengan berat hati dilepaskan. Jadi itulah, kita ni takut hendak melepaskan sesuatu kerana kita takut tak akan dapat ia kembali. Malah, memang betul, memang berlaku juga hal yang kita memang tidak dapat semula perkara itu..
Letting go. Move on. Atau melepaskan sesuatu tu pergi dari kita – ini juga sebenarnya termasuk dalam satu bentuk tawakkal kepada Allah. Tawakkal ni, selain dari berkait rapat dengan soal usaha dan hasil, misalnya berusaha ulangkaji pelajaran dan bertawakkal untuk keputusannya, soal ‘melepaskan’ ini pun merupakan satu lagi bentuk tawakkal yang besar. Sangat besar.
Sebabnya, apabila kita memutuskan untuk melepaskan sesuatu dari kita sedangkan kita dah dapat grab dia, atau mungkin kita tidak memutuskan pun tapi kita memang terpaksa lepaskan dia – di sini lah masanya di mana kita benar-benar meletakkan kepercayaan kepada Allah untuk seolah-olah ‘mengambil alih’ benda tersebut dari kita. (Ini seolah-olah sahaja ya. Kerana hakikatnya, memang segala benda pun dijaga dan dikawal oleh Allah, termasuk kita sendiri.) Dan kita juga akan benar-benar berserah bulat-bulat pada Allah sahaja untuk menentukan adakah kita akan mendapat kembali perkara itu.

Orang putih kata, if you love something let it go. If it comes back, its yours. If it doesnt, it never was. Bukan senang, kan? Memang remuk redam robek lah seluruh hati dan jantung. Haish… Kita ni, kena bertawakkal dengan tawakkal ibu nabi Musa. Pernah dengar tak kata-kata macam tu? Rasanya pernah kan. Tapi kalau tak pernah tak apa. Haa ni lah nak ajak dengar ni. (: Kenapa tawakkal macam ibu Nabi Musa? Apa yang special sangat nya tu? Haa. Sebab, ingat tak, masa zaman nabi Musa lahir tu, Firaun bermaharajalela sesuka hati dia. *Dia ingat dia terer sangat lettew. Derrr~

Jadi, alkisahnya, masa tu Firaun ni dia sudah mendengar sebentuk ramalan yang mengatakan bahawa kerajaannya akan dijatuhkan oleh seorang bayi lelaki yang akan lahir. Jadi dia pun bimbang, itu yang dia perintahkan semua bayi laki-laki pada masa itu dibunuh. Kejam. Huh. Ibu nabi Musa pula, mesti la dia tak mahu kan. Sedih dan tragis sangat. Pada masa itu, semua bayi lelaki dijejak dan dibunuh. Ibu Nabi Musa sangat takut lalu dia berdoa meminta tolong dengan Allah dengan bersungguh-sungguh dalam keadaan dirinya yang lemah. Selepas itu, Allah mengilhamkan dia supaya meghanyutkan Nabi Musa di dalam kotak ke dalam sungai.. Haa. Ingat kan kisah ni?

Bayangkan, seorang ibu yang baru melahirkan bayi nya, tiba-tiba dia terpaksa letakkan anaknya di dalam kotak dan hanyutkan di sungai. Allah….hancur hati emak nya.. Tapi, ibu Nabi Musa pada masa tu sudah terpaksa. Kalau tidak, akan dibunuh. Kalau kita baru lahirkan anak, mahu tinggalkan anak itu dalam bilik lama sikit pun tak mampu, apatah lagi hanyutkan ke sungai. Di sini kita dapat lihat, dia melepaskan anak yang disayangnya sepenuh hati. Bayangkan betapa hebatnya tawakkal dia pada masa itu.. Betapa tingginya dia meletakkan kepercayaan dan pengharapan kepada Allah. Betapa dasyat imannya, kan. Pertama sekali, kerana, dia minta tolong dengan Allah. Bukan dengan apa-apa yang lain, tetapi dengan Allah yang Maha Perkasa.

Kemudian, selepas dia meminta pertolongan dengan Allah, dia yakin pula dengan apa sahaja penyelesaian atau solution yang Allah berikan. Mana mungin tidak. Allah itu kan baik, di masa kita betul-betul berpaut pada Dia takkan mungkin Dia melepaskan tangan kita. Jadi oleh sebab itu lah selepas kita minta Allah tolong, jangan ragu lagi.

Yakinlah dengan apa jua yang Allah ilhamkan. Inshaallah, ia bukan langkah yang salah. Kerana kita bukan membuat keputusan itu sendiri-sendiri, sebaliknya kita buat dengan idea dan petunjuk dari Allah. Kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan (as-samii’ & al-mujiib) Ok ini sangat senang untuk dicakap tetapi sangat susaaah hendak dibuat. Mengaku. Tetapi, di sinilah Allah menguji sejauh mana kita benar-benar yakin dan berharap pada Dia. Dalam kata lain – bertawakkal kepada Dia. Dan kalau benar-benar asli tawakkal kita itu, confirm Allah tolong…confirm!!

Ingat lagi apa yang terjadi dengan Nabi Musa selepas itu? Dengan kuasa Allah, Nabi Musa hanyut hingga sampai ke istana Firaun and Asiah isteri Firaun mahu memelihara dia. Firaun itu pula, ekele zalim sangat la tapi bila isteri pujuk cair~~ (ps;sebab itu laki-laki kerna berhati-hati dengan pujuk rayu perempuan. Firaun pun kalah.) Dia yang berusaha betul-betul untuk hapuskan semua bayi lelaki, akhirnya di dalam istana dia sendiri juga dia membela sorang bayi lelaki. Dan dengan kehendak Allah, bayi itu lah lelaki yang diramal akan meruntuhkan kerajaannya. Jalan cerita yang menakjubkan. Subhanallah.

Lihatlah kepada ibu Nabi Musa. Kerana tawakkal dan kepercayaannya kepada Allah, Allah selamatkan anaknya dengan cara yang paling tak disangka-sangka. Dia yang hendak selamatkan bayinya dari Firaun – Allah membuatkan anaknya tinggal sebumbung dengan Firaun, di mana, pada pandangan kasarnya nampak sangat mengerikan – tetapi sebenarnya itulah yang terbaik. Nabi Musa hidup aman bahagia di dalam istana Firaun, kerana Allah menjadikan Nabi Musa ni, bila sesiapa memandangnya akan terbit rasa kasih sayang. oh comel! Ha, banyak betul mesej nya di dalam kisah Nabi Musa ini.

Banyak nya hikmah dan keselematan yang Allah berikan kalau kita benar-benar bertawakkal. Tapi, lihatlah tawakkal ibu Nabi Musa itu bagaimana. Bukan macam tawakkal kita yang ‘main tipu’ ni. Tawakkalnya, subhanallah dasyat! Dan tidak habis di situ. Ada lagi Allah beri kejutan.. Di suatu hari, Asiah hendak mencari orang untuk menyusukan nabi Musa. Cuba teka siapa yang dipilih? Tepat sekali. Ibunya tadi. Ibunya yang tadi melepaskan dia pergi diiringi tawakkal kepada Allah Yang Maha Menjaga dan Memelihara, sekarang Allah pulangkan kembali ke pangkuan dia. Mashaallah…begitulah indahnya tawakkal seorang hamba kepada Tuhan nya, kan. Dan dengan sebaik-baik nya pula Tuhannya membalas nilai kebergantungan dia itu.
Dan ya, Nabi Musa membesar dan akhirnya dengan bantuan Allah dia berjaya menumpaskan pemerintahan firaun. Alhamdulillahil’aziz.. Sekarang, tawakkal kita pula bagaimana? ‘main tipu’. Dan kita harapkan pula agar Allah menolong sehabisnya, sedangkan kita tak cukup percaya dan berharap pada kekuasaan Dia. Baiklah, bayangkan kalau ada orang datang dan minta pertolongan dengan kita, tapi dia bukan yakin sangat dengan kita pun. Cis sungguh. Mahu ke kita tolong? “Tengok la, fikir dulu. Kau bukan percaya aku boleh tolong sangat pun en…wek.”

Tapi itulah pointnya. Sejauh mana kita ni benar-benar bergantung dan percaya pada bantuan Allah. Marilah kita bertawakkal dengan tawakkal ibu Musa!! Hm Susah tu… Tapi tak apa, kita cuba sedaya mampu! Dan andai nya kita memang terus kehilangan perkara tersebut, err boleh bersedih. Kita manusia juga, kan. Tapi, jangan bimbang dan ragu kerana Allah pasti akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan membahagiakan buat kita. Allah itu Maha Baik. (ar-raa’uf), tak mungkin Dia akan kecewakan kita andai kita benar-benar dalam kelompok yang taat padaNya.

*****************************
“Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini.” 37
“Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:” 38
“Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.” 39
“Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu:” Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?” Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu..” 40
Surah Ta Ha: 37-40

FROM: I LUV ISLAM


p/s: jadikan kami ya ALLAH, hambaMu yang sentiasa merasa indahnya bertawakal kepadaMu.Amin ya Rabb...T.T




Friday, March 16, 2012

BICARA HATI:)

:)


YA MUHAIMIN,
Kau peliharalah hatiku untuk terus mencintaiMU..

YA JABBAR,
Kau gagahkanlah hati dan diriku ini dalam menempuh segala ujianMU..

YA GHAFFAR,
Kau maafkanlah segala kesalahanku kepadaMU..

YA SAMI'
Kau dengarlah rintihan hatiku yang merayu kepadaMU..

YA BASHIR
Kau lihatlah daku dalam pandangan kasih sayangMU..

YA ALIM
hanya Kau sahaja yang mengetahui apa yang tersirat di hati ku ini...

Thursday, March 15, 2012

HUJAN:)

HUJAN:)



AFIQAH SANGAT SUKA PADA HUJAN~ So dont blame me!:)

hujan renyai2 ke lebat ke, hujan perolakan ke..sume fiqah suke:)
kerana dctue hadirnya ketenangan..
suasana sejuk+angin = hati terasa dekat dengan Nya..
di saat hujan tue, adalah waktu mustajab utk berdoa:)..
ble kte tgh sdey2, ttbe hujan, lebey feel kan:).seolah2 mengerti je hati dilanda kesedihan..
kan? i really mean it:).
you'll find it interesting:)

so, sape2 yg pernah tgok fiqah dok syok sendiri tgok hujan, or dalam hujan bole buat muke happy lagi or even da jemur baju kt ampaian, ttbe hujan n bole senyum lgi..kinda weird kan, but still dont blame me~.tue sume sbb sy cinta pd HUJAN~

p/s : rahsia terjawab..:)

Tuesday, March 13, 2012

A LOVE STORY

assalamualaikum..today, i came across a video made by Aiman Azlan..

ENJOY! A LOVE STORY:)



p/s: "Ya Allah aku menyerahkan soal jodohku kepada-Mu sepenuhnya.Hanya Kau yang mengetahui siapa yang  yang terbaik buat diriku.Kalau dia yang selayaknya bersama aku,aku bersyukur dan menyerahkan kembali semuanya kepada-Mu"

Jika dirimu terasa sedih
Sibuk-sibukkanlah dirimu
Beribadahlah sehingga engkau berasa letih untuk bersedih
Gembirakanlah hatimu dengan menggembirakan orang lain
Apabila sesekali kesedihan datang tanpa diundang
Berwudhulah dan bacalah Al-Qur’an
Dirikanlah solat
Sesungguhnya solat itu satu kerehatan
Teruskanlah tersenyum:)


Monday, March 12, 2012

ISABELLA

ASSALAMUALAIKUM...

just nk bgtaw yg ana dh terjatuh cinta kt satu buku nie..mmg cadangkan sgt2 antum utk bce buku nie..seriously!!! korg kene beli..walaupun agak berat sket isi dalam novel nih, tp after bce full story dlm novel nie, insyaAllah, pengetahuan antum tntg betapa Islam itu adalah agama yg BENAR...dan tiada agama lain selainnya yg boleh membwa kita ke JANNAH,.insyaAllah, Amin..

basically, cter nie pasal seorg anak ketua paderi di Sepanyol, bernama ISABELLA..seorg yg digambarkan wajahnya seperti BIDADARI..and tersangatlah dihormati dalam kalangan kaum wanita di Sepanyol, kerana kearifannya dalam ilmu teologi. kerana ilmu nya yg mendalam dlm bidang agamanya, dia sndiri byk mempersoalkan, mengapa banyak persoalannya tntg agamanya, tidak mmpu terjwb oleh dirinyr sendiri..malah dia sndiri, susah utk mengerti makna agama yg dianutinya...until one day ni, Isabella dan kwn2 nye (geng2 dye pon sume msok Islam after Isabella), terdengar perbualan ilmuwan Islam Sepanyol, Umar Lahmi tentang kebenaran Islam dan betapa agama Kristian itu tidak benar...dan melalui perbualan yg didengari oleh Isabella dan rakan-rakannya, telah mengundang berjuta tanda tanya dlm diri Isabella tntg kebenaran agama yg dianutinya selama ini.di sini titik tolak cerita ini bermula...subhanallah~ kalo benar2 dihayati mmg mmpu menitiskan air mata pembaca..betapa ISLAM ITU AGAMA YANG BENAR....novel nie byk compare kandungan AL-QURAN dan BIBLE itu sendiri..seriously, mmg padat sgt dgn pengisian ilmu yg bermanfaat dri awl sehinggalah ke pengakhiran cerita..

ok, selamat membaca...bagi yg berminat, bole la cari ea...:)..

sape2 nk pinjam dr ana sendiri pon bole...:)..amat dialu2kan..


yg kt bwah ni slh satu sinopsis psl cter nih..dpt dripada seseorg jgk yg penah bce novel nie..


Seindah namanya, Isabella bukanlah peribadi yang asing dalam sejarah perkembangan Islam di Sepanyol, terutamanya dalam bidang perbandingan agama Islam dan Kristian di bandar Cordova – bandar sejarah Sepanyol dan merupakan bandar tercantik di Sepanyol. Membaca setiap rentetan kisah Isabella yang penuh dramatik berbaur tragik ini bagaikan membawa kita menelusuri segenap sudut dan tempat peninggalan sejarah kegemilangan Islam di Cordova. Ia mengingatkan kita pada istana al-Hamra, Qasrul Syuhada (makam para syuhada), masjid Cordova dan juga taman tercantik di Sepanyol iaitu Rabat Yamani.
Ya, hidayah Allah merubah segalanya. Begitulah yang terjadi kepada Isabella. Tidak ada sesiapa pun menyangka, Isabella yang pada mulanya adalah seorang penganut Kristian yang tegar dan patuh pada agamanya boleh memeluk agama Islam yang begitu dibenci oleh penganut Kristian pada waktu itu. Kebencian yang memuncak pada waktu itu sehingga hampir-hampir meragut nyawa Isabella sendiri, sewaktu hidayah Allah menyapa lubuk hatinya yang paling dalam. Isabella pada usia mudanya sentiasa mempelajari dan mengkaji tentang agamanya, Kristian. Beliau sentiasa cuba untuk mencari kebenaran dalam agama Kristian dan berusaha menghayati prinsip-prinsip agama Kristian.
Namun, semakin dikaji agama berasaskan fahaman triniti itu, sinar Islam dan hidayah Allah makin memenuhi lubuk jiwanya. Di ketika kebenaran Islam sudah kukuh dalam dirinya, waktu itu tidak ada apapun yang mampu menggugahnya, walaupun beliau menghadapi saat-saat getir dan penuh tragik. Kekentalan imannya tidak mampu dirubah. Isabella sudah nekad dengan keislamannya. Pengharapan penuh hanya pada Allah makin mengental liat di sanubarinya. Penyeksaan demi penyeksaan yang dihadapi Isabella mengingatkan kita pada siri-siri kekentalan iman para mujahidah Islam seperti Sumayyah dan Asiah.
Perjuangan mereka cukup-cukup membuatkan hati ini berasa kerdil sekali.
Peralihan kiblat akidahnya itu sekali gus menjadikan beliau komited dan tegas memperjuangkan ajaran Islam hingga ke akhir hayatnya. Itulah hidayah Allah – hidayah yang tidak mengenal siapa pemilik hati. Sangat beruntung siapa yang terpilih mendapat hidayah Allah. Ia bagaikan mendapat suatu anugerah yang maha hebat. Tidak ada yang setanding dan sehebat hidayah kurniaan Allah. Selepas menganuti dan menghayati agama baru, Islam yang sehebat namanya – Isabella bukan sahaja terkenal sebagai seorang muslimah yang menjadi ikutan dan pedoman ramai pemudi Islam. Beliau juga terkenal sebagai seorang tokoh perbandingan agama yang ulung, bahkan seorang ahli hadis di Cordova. Melalui kisah penuh bermakna ini, sudah pasti nama beliau akan tercatat sebagai seorang serikandi Islam agung sepanjang zaman, yang akan sentiasa dekat di hati dan menjadi ingatan ramai orang.
Isabella sudah pun menemui keabadian ‘cinta’ melalui kembara keimanannya. Beliau sudah menemui cinta yang tidak ada bandingan dan gantinya. Justeru, bagaimana pula dengan kita? Ayuh, mulai dari sekarang – telaah dan hayatilah sepenuh jiwa karya sehebat dan seagung Isabella ini. Moga kita semua akan mendapat cetusan semangat dan menemui nafas baru.
Selamat membaca dan semoga istiqamah menelusuri lorong-lorong keimanan.


buku ISABELLA kt hujung skali:)



Friday, March 9, 2012

BELAJAR UNTUK MEMAHAMI~

assalamualaikum..post kali nie stil berkaitan kehidupan kt rumah lagii...betapa hati ini perlu belajar memahami kesibukan ibu dan ayah..alhamdulillah, perniagaan ibu smakin bertmbh maju.and semenjak ayah dikurniakn anugerah hari tue, semakin byk juga tanggungjwb yg perlu digalasnya...again, betapa hati ini perlu tekad utk menjdi seorg anak yg memahami.

betapa aku sayu melihat ibuku, dlm keadaan mengantuk, smbil tangannya bersungguh-sungguh menggosok baju kemeja ayah.dgn iron di tgn, mata pon dh merah menahan ngntuk, terdetik di dlm hatiku, setiap hari ke ibu mcm nie....pilu di hati, melihat ibu yg keletihan, hanya Allah shj yg tahu...dlm pada itu, mlm itu jugak, aku tekad utk menggantikan tmpat ibuku,.biarlah aku yg melakukan kerja-kerja menggosok baju kemeja ayah..alhamdulillah, hati ini lega bila melihat ibu, mampu shj sebelum tidurnya x perlu memikirkan utk iron baju itu dan ini..sudah menjdi kebiasaanku akan bersalam dgn ibu ku sebelum tidur..dan saat aku masuk ke bilik ibu, bila tatap je wajah ibu, nampak di raut wajahnya, betapa dia benar-benar letih..seharian mengerjakan kerja-kerja di kantin,..ditemani adikku,yg kini sedang menunggu keputusan SPM nya..alhamdulillah juga, dgn kehadiran adik lelaki ku itu, sekurang-kurangnya mampu menjdi assistant manager utk ibuku. malah, adikku, ku rasakan sudah mahir dlm selok-belok pengurusan kantin, pdahal bru shj 2 bulan lebih dia bersma-sma ibuku mengerjakan segala bentuk pekerjaan di kantin..baik dalam urusan mengemop lantai, menyapu, membasuh pinggan dan lain-lain..kata ibu, walaupun dia seorg anak kpd manager kantin itu sekalipun, tetap perlu merendah diri..alhamdulillah, disebalik kesenangan yg Allah berikan, betapa ibu dan ayahku banyak mengajarku erti merendah diri...melihat org bukan pd kelemahannya..bukan pada hartanya..namun pd hatinya..terharu jugak melihat pengorbanan si adik..yg perlu menemani ibunya sejak dr pkul 4 pagi lagi..pernah dia berkata kepadaku, bahawasanya dia perlu mengurangkan makan mlmnya..dikhuatiri dirinya tidur dlam kekenyangan dan takut2 xmampu nk  bgun dgn baek saat dikejutkan ibu pada pkul 4 pagi..ya Allah,.terharu nye diri ni...subhanallah, sebak di hati ini, bila melihat pengorbanan ibu dan ayahku..kadang-kadang, ade jugak aku terfkir..kenapa ibu xnak upah seorg pembantu rumah utk kteorg?? yelaaa..hari2 ibu kene bsuh baju sume, msak utk org rumah lagi...nmun apabila ditanya, ibu hanya mampu tersnyum..katanya, dia mampu lagi nak buat kerja2 rumah tue, insyaAllah..aku juga hnya mmpu menggangguk dan tersenyum.mahu dipersetujui jua, walaupun perit di hati..di hati ini takut kalau2 ibu terlalu letih dan memaksa dirinya..pernah sekali ibu pitam mse tgh drive kreta.kejadian ini berlaku mse diriku masih di shah alam lagi.kejadian ini diceritakan sendiri oleh adik lelaki ku, selaku assistant yg selalu menemani ibu ku kesana dan kemari..katanya, kejadian ini berlaku mse nak amek Mai dari sekolah dye.mai ni adik fiqah yg ke-4..now, tgh stay kt boarding school..mse nk amek tue,ttbe otw ibu pitam dan serta merta ibu memberhentikan kretanya di tepi jalan..nseb la dlm kete ibu tu ade co-driver.which is adik lelaki fiqah sendiri..mse fiqah dapat tahu cerita tue dr adik, betapa hati ini diserang rse cemas yg terlalu mendadak.itu mujurlah adikku ade bersama..kalau x, aku sendiri x mmpu membayangkan ape akan terjdi kepada ibu..ya Allah...T.T..lindungi lah ibu ku, agar dia tetap dalam rahmat jua peliharaan Mu..bgitu jua dgn keluargaku yg lain...Amin ya Rabb..

alhamdulillah, dalam tempoh sebulan  sbelum berlepas ke bumi sakura nie, ana benar2 ingin berbakti..kdg2 rse bersalah jugak sbb x mampu nk ikut ibu sama2 sekali nk uruskan kantin..tp mengenangkan tanggungjwb yg ibu berikan utk membantu menguruskan urusan rumah, aku tekad utk benar2 melaksanakan nya..biarlahsetiap kali ibu msuk ke dalam rumah, ibu tenang dgn susun aturnya. urusan baju, smua sudah dijemur rapi..urusan sarapan, mandi, makan dan minum aisyah, aku benar2 ingin mengotakannya..ingin melakukan dgn sehabis baek, insyaAllah..

satu shj yg x mampu ku lakukan,,yakni memasak.kalo setakat memasak nugget,sausage, maggi, ana reti sket.tp yg laen2 mmg hancus..sdey sgt ku rasakan..pdahal memasak tue satu kemestian utk kaum wanita..T.T..yosh!!!! ana kene belajar memasak sebulan cuti nie..alhamdulillah, setakat nie, ana dh pandai msak 2 benda..walaupun xla gempak sgt, tp kalo nk berhidup dgn masakan tu di Japan nnti, insyaAllah, boleh kot..TELUR MASAK KARI & ptg tdi SOSEJ TELUR SOS..huaaa...tue sume masakan org2 bujang..kata ayah, xpe..kte mula yg simple2 dlu..:PPP..

mse msak SOSEJ TELUR SOS tdi, ana msak bersma adik lelaki ana..waaa..rindunye saat bising2 di dapur..msak bersma, buat lakonan dramatik bersma, ketawa bersama...waaa..walaupun ana tahu, kdg2 lunch ibu kene fetch fiqah kt rumah, and bring us together pergi lunch sume, ana x pernah salahkan ibu..even dinner pon sme..kalo dinner, one whole family bole gather,stil bole ketawa lagi, ok la tue..walaupun xdpt nk mrase masakan ibu..pape pun,betapa ana perlu memahami...walaupun ibu sibuk, xpernah walau sekali ibu mengabaikan makan minum kami..pakaian kami...sume nye elok terjaga.,justeru, hati ini xpernah menyalahkan ibu,.kdg2 ana je rse kekurangan..kdg2, rse x mampu nk bntu,..T.T..maafkan anakmu ini wahai ibu..

jauh di sudut hati ini, aku mengerti bahawa pengorbanan seorg ibu, xmampu aku bayar..pengorbanan nya tidak mmpu dapat ku balas dgn hanya memikul beras dgn tulang 4 kerat ku, memikul itu dan ini balik dr pasar sume, xmmpu ku balas dgn hanya mbntunya mnguruskan hal-hal di rumah, menguruskan makan minum aisyah, certificate graduation yg ku berikan pd mereka..sumenye tidak terbalas..hanya ALLAH AZZA WA JALLA sahaja yg mampu membalasnya..setiap hari hanya doa yg mmpu ku panjatkan..meminta agar rahmat jua redha ILAHI sntiasa mengiringi mereka dunia akhirat..AMIN..pernah sekali aku berkata kpd ibuku, "xpe kalau ibu letih skrg, insyaAllah kita berehat di syurga nnti"..aku sndiri tersentak sekejap dgn kenyataan ku itu...terkeluar tanpa diminta..harapannya. moga mmpu mmberi kekuatan buat ibu di saat dia merasakan terlalu letih..memikul tngungjwb sbgai seorg anak, memerlukan aku untuk sentiasa BELAJAR UNTUK MEMAHAMI~

insyaAllah..smpai di sini shj yg mampu ku nukilkan..saat hati sebak mengenangkan pengorbanan seorg insan bergelar IBU~ ingin shj aku melayanmu seperti seorg PERMAISURI di hati ku..uhibbuki fillah IBU~

DO PRAY FOR ME TOO, IBU...ingin menjdi yg SOLEHAH jua..AMIN YA RABB, insyaAllah..

nota kaki :

~insyaAllah, 11 MAC 2012 ni ade kejutan buat ibu..khas utk BIRTHDAY IBU YANG KE-47...


HOME SWEET HOME~



HARI NIE DINNER WITH KAK DIJAH:)


SOSEJ TELUR SOS:ppp


SARAPAN PAGI bersama aisyah and Kak Adibah:)

LUNCH plak bersama ibu di TUN JUGAH:)

Muka lapar~:)


lunch hari ni...:)



DINNER HARI NIE..seafood~ :)


NUKILAN PADA : 9 MAC 2012, 1.47 PAGI...:)

Monday, March 5, 2012

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan juga pada manisnya ucapan di bibir...Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya... -Imam Al-Ghazali-

doa itu menjadi penguat kita..saat susah mahupun senang..moga kekal hendakNya...Amin ya Rabbal Alamin..

THEY ARE BEAUTIFUL

me beside aziz..haha..he dont have any driving license:)
IBU TERCINTA.captured during lunch kt luar bersma ibu:)

ayah fiqah kurus kan:)..kecik je orgnye, tp berjiwa besar:)..captured during gotong royong kt sekolah Mai:)

dat is babe !!  yes, people call her beb!! she's beautiful, i guess.captured after she had her fashion show competition in school.haha..

look carefully..my sista, adibah, is using my grey tdung..haha.sharing is caring:)..captured , hanging out together,.just siblings ..hmm.without mai since she is now in boarding school..T.T..

gedik nye babe!!hahaha...

satu lagi..n again...i geram tgok u...nseb bek u dh tukar baju..n i dont hav any pictures of u in kebaya nyonya..


big apple, n it was messyy!!! aisyah yg gelojoh..:p

assalamualaikum..alhamdulilah..malam nie terasa nk post something plak..gmbr2 kt atas..ckp menggambarkan betapa fiqah bahagia dudok kt rumah nie.di smping family tercinta..alhamdulillah..4 bulan tidak bertemu, akhirnya Allah pertemukan jgk fiqah dgn family...insyaAllah, cuti terakhir sbelum berlepas ke Jepun 1 April 2012 ni..mudah2an segalanya berjalan lancar..Amin:)..doakan k...

Fiqah bertekad nk blajar memasak!!!!! wajib!!!!! KALO X, MMG KURUS KERING MCM LEMPENG BALIK MALAYSIA  nnti.huhu..tp, ibu ckp, kalo dh khwin nnti, mmg automatic akan pandai memasak..teori apakah itu?..hahaha...ibu mmg ske kan kalo bab2 jodoh nie...

last night..keluar jalan2 dgn siblings je..huaaa..ni cam first time je ayah kasi kluar guna kete, p jalan2 kt spring shopping mall..and we all, 5 siblings (excluding mai..huhu) jalan2, beli buku n etc..and at last, ble nk diner,restoran2 kt shoping mall sume pakat nk tutop dah..uishh..geram btol..tp alhamdulillah, at last end up makan seafood kt restoran luar drpd shoping mall tue..nie first time makan seafood without parents di sisi..agak weird sket feeling..tp bez jgk..melayan karenah aisyah dan beb, yg mmg hyperactive glaa kt kedai makan tue..n i end up, bgi hp kasi aisyah maen game dlm tue, so dye bole dudok diam n kteorg bole makan dgn tenang..huaaa..last2 kenyang gakk..:pppp..

Hari ni plan nk tunggang kuda..tp at last aziz n babe je dapat tunggang kudaaaa..!!! jeles glaaa..siap pusing padang 2 kaliiiiiiiiiiii...ni sume gara2 shoping lame sgt kt sarikin..n we missed that kudaaaa!!haha..takpe, insyaAllah, next time, nk tunggang keldai..hahaha..nex year, kalo ade rezeki, nk p tunggang kudaaaaaaaaa...since next year pon ade carnival lagi..hehehe

next week plak, insyaAllah, birthday ibu tercinta...11 MARCH..n dh plan something for it..idea ni together drpd sis Adiba, me,Bro Aziz Ayahanda..moga segalanya Allah permudahkan..:)

post nie cam merepek kejap kan..tp rse nk jgk post..hehehehe..