Follow by Email

Saturday, August 27, 2011

Kisah Hubaib Ibnu Musallamah al-Fihri dan Isteri, Srikandi Islam

Pada suatu ketika, Saidina Uthman al-Affan memerintahkan Hubaib memberi pengajaran buat tentera Rom yang angkuh. Bertanyalah isterinya, "Di manakah kita akan bertemu di medan perang nanti?" Hubaib menjawab, "Kanda akan berada di barisan paling hadapan, mengalahkan musuh Islam dan menunggumu di khemah tentera Rom jika Islam menang ataupun kita bertemu di syurga kelak!"
Alllah SWT telah memenangkan kaum Muslimin ke atas kaum Romawi. Bergegaslah Hubaib ke khemah panglima Rom menantikan Rom menanti kehadirannya di situ. Dia sangat terkejut apabila mendapati isterinya terlebih dahulu ada di situ. Jauh lebih hadapan daripadanya. Saat itu juga dia menitiskan air mata. Kagum atas kesungguhan isterinya.

Kerana itulah, muncul madah Arab:
Seandainya semua wanita
Seperti isteri Hubaib ini
Tentulah aku lebih mengutamakan 
Wanita berbanding lelaki...

-taken from a book: Bidadari Dari Timur (memoir isteri seorang pejuang)
 isteri kepada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Sabariah Tuan Ishak

Suatu kisah yg boleh dijadikan panduan..moga hati2 kita terus Allah letakkan utk istiqamah dan tersabat pd jalannya..sungguh, perjuangan ini menuntut satu pengorbanan yg besar.percayalah, dan yakinlah, bahawa akhirat itu lebih baik..dan di sanalah tempat istirehat kita.di dunia ini, masa utk berpenat lelah..berjuang dan terus berjuang..